Kepakaran kami adalah membantu ibu selepas bersalin & wanita obes dengan memberikan khidmat nasihat dan info-info tentang Kurus serta menjual Set Kurus Shaklee

Eeqa Vitamin

Shaklee Collagen Powder

Shaklee Collagen terbukti daripada sisik ikan merah terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan.Selepas menggunakan selama lapan minggu,keputusan menunjukkan kulit yang lebih baik secara menyeluruh serta mencerah,melembap,dan mengembalikan keanjalan kulit agar lebih cantik,putih dan menawan.

PROMOSI BULAN JANUAR1 2014 -ALFAFA-

Promosi Alfafa Kembali lagi.Bagi yang sememangnya mengambil alfafa dan yang baru nak mencuba.Promosi ALFAFA,BELI 6 PERCUMA 1.Alfafa terbaik sebagai detox untuk membuang toksin,penawar resdung,mencuci hati,darah,buah pinggang,merawat keputihan,bertindak seperti kacip fatimah untuk wanita,melegakan sembeli,membuang angin dalam badan dan MILK BOOSTER.

Set Lengkap Kanak-Kanak

Makanan Tambahan yang perlu untuk kanak-kanak sebagai usaha untuk terus membekalkan zat-zat penting bagi menyokong pembesaran dan kesihatan mereka agar terus terpelihara.

Terhangat di pasaran - VIVIX

Vivix merupakan produk terbaru Shaklee yang baru sampai ke Malaysia tahun lepas. Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik.

Set Kurus Lengkap Shaklee

Set yang wajib ada bagi setiap isi rumah untuk membakar,detox dan membina otot agar kekal langsing dan mendapatkan tubuh badan yang diidam-idamkan tanpe perlu diet yang melampau.

Sunday, January 19, 2014

KENAPA MALU UNTUK BERNIAGA?



Assalamualaikum dan Selamat Malam semua..

Malam ini saya hendak berkongsi sedikit kenapa berniaga merupakan Sunnah Rasulullan S.A.W?
Sememangnya ramai lagi masyarakat Malaysia masih malu untuk mulakan perniagaan. Ada juga di antara mereka malu untuk berjumpa dengan pelanggan serta malu untuk komersialkan dan promosikan produk atau servis mereka.

Mereka malu sekiranya produk mereka gagal dipasarkan serta malu ditertawakan oleh rakan-rakan. Daripada hal ini, ramai juga yang tersalah anggap bahawa perasaan malu tersebut boleh kita atasi dengan menjalankan perniagaan dari rumah (perniagaan internet). Ternyata pandangan mereka sememangnya salah!


Usahawan Tak Boleh Malu

Untuk berjaya dalam perniagaan internet, sebenarnya kita tak boleh lari daripada pelanggan. Kadang-kadang, pelanggan lebih suka sekiranya kita berjumpa dengan mereka, lagipun ia juga boleh menambah kepercayaan terhadap kita.

Ternyata, dalam mana-mana perniagaan, kita selaku usahawan memang tak boleh lari daripada perasaan malu. Memanglah perasaan malu ada baiknya, tapi adakalanya sekiranya malu tak bertempat, ia akan menghalang proses bisnes kita.
Tangani Perasaan Malu Anda

Jika timbul perasaan malu untuk berniaga, fikirkan sejenak tentang 3 perkara di bawah ini :

1. Perniagaan Digalakkan Oleh Islam.

Menjalankan perniagaan merupakan kegiatan yang mulia dan baik disisi Islam. Malahan, Rasulullah S.A.W pernah bersabda.

“9/10 daripada harta adalah dari hasil berniaga” – (HR Tarmizi)

2. Perniagaan Sunnah Rasulullah s.a.w

Seperti yang kita tahu, menjalankan perniagaan merupakah salah satu karier dijalankan oleh Nabi kita sendiri. Rasulullah S.A.W telah didedahkan dengan dunia perniagaan sejak kecil lagi. Baginda mengikuti bapa saudaranya, Abu Talib berniaga di seluruh pelusuk tanah arab.

Dari situ, Rasulullah belajar selok belok perniagaan sehingga baginda mendapat kepercayaan dari umat Islam. Justeru itu, kenapa kita perlu malu melakukan sunnah Rasulullah?

3.Perniagaan Boleh Menguasai Ekonomi Negara

Seperti yang sedia maklum, 10 orang terkaya di dunia kebanyakannya menjalankan perniagaan. Sebagai contohnya, Robert Kuok yang terkenal dengan Raja Gula serta Ananda Krishnan juga mempunyai empayar perniagaan besar seperti Maxis dan Astro.

Dengan kekayaan, mereka juga dapat menyalurkan sumbangan kepada golongan sederhana dan miskin di negara ini. Tidakkah itu satu perbuatan yang mulia?

Jadi, tiada sebab untuk kita malu untuk berniaga. Tanya diri sendiri sekali lagi, kenapa perlu malu untuk berniaga?

kredit: majalahonline

Thursday, January 16, 2014

TURUN 11 KG DALAM MASA SEBULAN SETENGAH? JOM BACA TIPS2 DARIPADA PAKAR


Assalamualaikum dan Selamat Petang semua. 

Baru je lepas update status di facebook, layan students dalam kelas (sorang je pun, gaya cam 40 orang), bayar itu ini di bank, minum cendol, makan nasi dan macam-macam lagi. Kenapa saya asyik berjalan ke sana ke mari? Sebab tengah on diet. Sudah hari ke-6 DIET. (tapi minum cendol eh? haha) Tapi dah TURUN 2 kg ok. Bagaimana cara saya buat? Saya ikut sifu yang dah TURUN 11 kg dalam masa SEBULAN SETENGAH. Hebat. Namanya POKLY. Jaga diet, jaga pemakanan, bukan tak makan yer.


SEDAR DIRI

Perkara pertama yang kita kena tukar dan set dalam mind untuk TURUN BERAT BADAN adalah SEDAR DIRI. Macam mana sedar diri tu? Sila sedar diri badan anda dah gemuk, nak jalan pun mengah, baju seluar semua dah ketat, naik tangga sikit dah tercungap-cungap, jalan keliling shopping complex pun dah mengeluh (macam mengata diri sendiri.. hihi). Apabila dah sedar diri + niat nak turunkan berat badan baru boleh mulakan tips-tips yang nak saya ceritakan di bawah. Kalau tak, macam masuk telinga kiri, keluar telinga kanan, esok makan banyak jugak. 



PANDAI MEMILIH

Selepas itu, Pokly ada juga memberi pesanan daripada KEVIN ZAHRI iaitu jangan salahkan makanan di Malaysia, salahkan kita yang tidak pandai memilih. (Almaklumlah, kita pun tau makanan kat Malaysia ni sedap-sedap belaka. Chef Wan pergi luar negara lawan memasak dengan orang luar buat karipap pun menang. ) Kita ada beribu pilihan makanan, kenapakah mesti nak pilih yang ber LEMAK? Kalau masalah nasi putih putih pula, boleh makan (takkan nak tinggal kan? sebab dari kecil memang makanan ruji kita adalah nasi) TETAPI kalau biasa ambil penuh 1 pinggan sekali makan, dalam masa berdiet boleh kurangkan kepada SEGENGGAM SEKALI MAKAN. Apabila badan dan perut kita sudah biasa makan nasi sedikit, lama-lama kita tak makan nasi langsung pun tidak mengapa. 


ELAKKAN MEE KUNING

Selain itu, Pokly juga menegaskan bahawa MEE KUNING HENDAKLAH DIELAKKAN SAMA SEKALI. Lebih baik BIHUN daripada MEE KUNING. 




ELAKKAN MAKANAN BERGORENG

Kenapa nak elak makanan bergoreng? Sebab minyak adalah lemak. 




LEBIHKAN PROTEIN DALAM MENU HARIAN

Protein, contohnya ikan dan telur adalah sumber makanan yang kaya dengan protein.


KIRA KALORI YANG DIAMBIL

Satu lagi tips daripada Pokly ialah kira kalori yang diambil dalam sehari dan pastikan kalori yang diambil tidak lebih daripad kalori yang diperlukan. 


TIDUR YANG MENCUKUPI

Ok, tidur kena cukup. iaitu untuk orang dewasa adalah antara 6-8 jam. Kenapa? Sebab waktu tidur adalah waktu di mana banyak kalori yang dibakar. So, habis kerja malam lepas tengok MASTER CHEF sila tidur. Esok pagi-pagi nak kena pergi kerja dah. 


SENAMAN/AEROBIK

Senaman yang paling bagus untuk bakar kalori dan nak lost weight  adalah AEROBIK dan SPRINT .


Cukup ke tips tadi? Bawah ni pula adalah cara-cara Pokly menurunkan berat badan. 
DIET+SUPPLEMENTS+SENAMAN=KURUS!


RUTIN HARIAN POKLY UNTUK TURUN 11KG

SUPPLEMENTS: 

LECITHIN, ALFAFA, OMEGA, CINCH TEA, CINCH SHAKE, HERBLAX (lambat sedikit)





Sarapan: 

CINCH SHAKE + ESP
ALFAFA 5 BIJI

Minum Plain Water


Exercise:

AEROBIK / BADMINTON / JOGGING




Sebelum Lunch:

OMEGA 2 BIJI


Lunch:

NASI SEGENGGAM + protein (ikan) + fiber (Sayur)




Selepas Lunch:

LECITHIN 3 BIJI


Exercise: (petang)

AEROBIK / BADMINTON / JOGGING



   
 

Dinner:

OMEGA SEBIJI
LECITHIN 3 BIJI
ALFAFA 5 BIJI

NASI SEGENGGAM ATAU CINCH SHAKE + ESP




P/S: CINCH TEA 1 SACHET + AIR MINERAL 2L
AIR MINERAL 2L

P/S: BERHENTI TERUS PENGAMBILAN GULA: AIR BERGULA, MAKANAN BERGULA
-Sebab CINCH TEA dan ESP sudah cukup untuk beri tenaga.  

P/S: CINCH TEA sentiasa di bawa ke mana sahaja untuk menggantikan kopi/milo/teh susu

Lat sekali, berbuih dah saya cerita, kalau gatal tangan nak makan nasi beriyani 1 pinggan jugak memang la nak kena. Paling penting daripada semua yang saya cerita di atas adalah:

DISIPLIN



TESTIMONI DARIPADA POKLY SENDIRI



Berminat boleh:
 WHATSAPP/SMS DI: 0132453182 (MAMA IQA)
CONSULTATION PERCUMA DIBERIKAN
FACEBOOK: NUR 'ATIQAH SHAHROM
SID 1016352
HARGA TERMURAH DAN FREE GIFT DIBERIKAN



PROMOSI: BELI COMBO ALFAFA+ESP+OSTE DENGAN HARGA RUNTUH (TERMASUK POSTAGEH

Tuesday, January 14, 2014

MENGENAL PENYAKIT HATI (HEPA)



Penyakit hati ialah sebarang gangguan terhadap fungsi (hepa) yang menyebabkan sakit atau hati gagal berfungsi dengan normal. Selalunya lebih 75% kerosakan tisu hati barulah ia gagal berfungsi. 



Hati sebagai organ yang penting 


Hati merupakan organ yang terbesar dalam tubuh manusia atau haiwan lain. Hati juga adalah satu-satunya organ yang mudah diganti apabila tisunya rosak. Ia terletak di bahagian atas abdomen dan dilindungi oleh tulang sangkar dada dan rusuk. Hati mempunyai 2 lobus (cuping) yang utama, yang dibekalkan oleh dua saluran darah iaitu arteri hepatik (membekalkan darah ke hati yang dipam dari jantung) dan vena portal. 


Di antara fungsi vena portal di hati ialah: 



* Membekalkan hati dengan nutrien dari usus dan limpa. 


* Membenarkan bahan kimia dari saluran penghadaman memasuki hati untuk dinyahtoksikkan dan ditapis sebelum ia memasuki sistem peredaran darah ke seluruh badan. 


* Menghantar bahan kimia dan protein yang diperlukan oleh sel hati bagi menghasilkan protein, kolesterol dan glikogen untuk keperluan badan. 

 



Hati memainkan peranan penting dan berkait rapat dengan fungsi organ-organ lain dalam tubuh kita, dari penghasilan protein dan pembekuan darah hinggalah ke metabolisma kolesterol, glukosa dan zat besi (ferum). Hati juga merupakan organ yang berfungsi sebagai kelenjar kerana ia menghasilkan air hempedu. 


Hati mempunyai banyak fungsi, di antara yang penting ialah: 



1. Menghasilkan air hempedu yang diperlukan bagi penghadaman makanan berlemak. 


2. Menyimpan glukosa atau gula berlebihan dalam badan dalam bentuk glikogen dalam sel hati, dan glikogen ini boleh ditukarkan semula kepada glukosa apabila badan memerlukan tenaga. 


3. menghasilkan faktor pembekuan darah. 


4. Menghasilkan asid amino (struktur asas protein). 


5. Memproses dan menyimpan zat besi (ferum) yang diperlukan bagi menghasilkan sel darah merah. 


6. Menghasilkan kolesterol dan bahan kimia lain yang diperlukan untuk pengangkutan lemak. 


7. Menukarkan hasil buangan daripada proses metabolisma badan menjadi urea. 


8. Menukarkan ubat-ubatan yang diambil kepada bahan aktifnya semasa di dalam badan. 



Penyakit Hati (Hepa) 


Simptom (tanda) biasa penyakit hati, di antaranya ialah


1. Loya. 


2. Muntah. 


3. Sakit perut di bahagian atas kanan abdomen. 


4. Jaundice (sakit kuning) - kulit berwarna kuning disebabkan kepekatan bilirubin dalam saluran darah tinggi. 


5. Keletihan, lemah dan turun berat badan. 


6. Bagi Cirrhosis, simptomnya lebih khusus, seperti: 


i. Kulit mudah lebam kerana kurangnya pengeluaran faktor pembekuan darah. 


ii. Gatal-gatal kulit kerana garam hempedu boleh berkumpul dalam kulit. 


iii. Gynecomastia atau buah dada lelaki membesar kerana hormon seks yang tidak seimbang, terutamanya disebabkan oleh peningkatan hormon estradiol. 


iv. Mati pucuk, kurang nafsu seks, dan testis mengecil kerana pengurangan fungsi hormon seks. 


v. Kekeliruan dan kelesuan disebabkan oleh peningkatan tahap ammonia (hasil buangan daripada metabolisma protein yang memerlukan hati untuk membuangnya) dalam saluran darah dan pengumpulan cecair dalam kaviti abdomen kerana pengurangan protein yang dihasilkan. 


Jenis-jenis Kerosakan Hati 




Di antara jenis-jenis kerosakan hati ialah: 


1. Hepatitis - Sel hati menjadi radang. 


2. Kolestasis - Aliran air hempedu tersekat. 


3. Steatosis - Pengumpulan Kolesterol atau triglyceride. 


4. Aliran darah ke hati terganggu. 


5. Tisu hati rosak disebabkan oleh bahan kimia dan mineral atau sel abnormal. 


Jenis-Jenis Penyakit Hati 



Terdapat beberapa jenis penyakit hati, di antaranya ialah: 


1. Hepatitis Berjangkit 


Hepatitis bermakna keradangan sel hati disebabkan jangkitan. 


Terdapat 5 jenis hepatitis, iaitu: 

a. Hepatitis A 



Hepatitis A ialah infeksi virus dan berjangkit melalui najis. Ia boleh menyebabkan keradangan hati akut yang selalunya boleh dirawat dengan suntikan vaksin. Jangkitan hepatitis A boleh dicegah dengan membasuh tangan bersih-bersih sebelum menyediakan makanan. 

b. Hepatitis B 



Hepatitis B berjangkit melalui cecair badan (melalui jarum suntikan penagih dadah, darah tercemar dengan virus hepatitis B, dan hubungan seks). Ia boleh menyebabkan infeksi akut atau boleh bertukar menjadi keradangan kronik yang akhirnya boleh membawa kepada cirrhosis dan kanser hati. Infeksi hepatitis B boleh dicegah dengan vaksin Hepatitis B. 


c. Hepatitis C 


Hepatitis C boleh menjadi hepatitis kronik. Ia berjangkit melalui cecair badan (melalui jarum suntikan penagih dadah, darah tercemar dengan virus hepatitis ini, dan hubungan seks). Hepatitis C kronik boleh menyebabkan cirrhosis dan kanser hati. Tidak seperti virus hepatitis B, virus hepatitis C tidak boleh dimusnahkan dengan suntikan vaksin. 


d. Hepatitis D 


Virus hepatitis D ini memerlukan virus hepatitis B untuk hidup, dan ia juga berjangkit melalui cecair badan (melalui jarum suntikan penagih dadah, darah tercemar dengan virus hepatitis B, dan hubungan seks). 


e. Hepatitis E 


Virus hepatitis E berjangkit melalui makanan dan air yang tercemar dengan virus ini.


2. Penyakit hati berlemak 


Pengumpulan lemak dalam hati yang boleh menyebabkan keradangan hati dan perlahan-lahan akan mengurangkan fungsi hati. 


3. Hemochromatosis (terlebih zat besi) 


Hemochromatosis ialah gangguan metabolik yang menyebabkan banyak zat besi disimpan dalam badan. Zat besi yang berlebihan akan berkumpul dalam tisu hati, pankreas, jantung dan akan menyebabkan keradangan, cirrhosis, kanser hati dan kegagalan hati berfungsi. Hemochromatosis ini adalah penyakit keturunan. 

4. Penyakit Wilson 



Penyakit Wilson merupakan satu lagi penyakit keturunan yang mengganggu metabolisma kuperum (copper). Penyakit ini boleh juga menyebabkan cirrhosis dan kegagalan hati berfungsi. 

5. Penyakit Gilbert 



Penyakit Gilbert ialah ketidaknormalan dalam metabolisma bilirubin di dalam hati yang merupakan penyakit biasa. Penyakit ini tidak menunjukkan apa-apa simptom tetapi ia boleh didiagnosis dengan kenaikan paras bilirubin dalam darah. Penyakit ini tidak memerlukan apa-apa rawatan. 

6. Kanser hati 



Kanser hati primer berasal daripada sel dan struktur hati sendiri (contohnya, hepatocellular carcinoma). Kanser hati sekunder atau kanser metastatik pula bermula dari organ lain dan kemudian berjangkit ke hati melalui saluran darah. Kanser yang biasa berjangkit ke hati ialah kanser paru-paru, kanser payudara, kanser kolon, kanser perut, kanser pankreas, leukimia dan Hodgkin lymphoma. 

7. Sindrom Budd Chiari - Ketaknormalan aliran darah 



Sindrom ini adalah disebabkan oleh darah beku yang terbentuk di dalam vena hepatik dan menghalang darah keluar dari hati. Ini akan meningkatkan tekanan dalam saluran darah di dalam hati, terutamanya dalam vena portal. Tekanan ini boleh menyebabkan sel hati mati atau cirrhosis dan kegagalan hati berfungsi. Di antara penyebab kepada sindrom ini ialah polycythemin (kiraan sel darah merah naik secara abnormal), penyakit sel sabit, dan kehamilan. 


Penyakit-Penyakit Lain Yang Berkaitan 



Penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan kerosakan hati, di antaranya ialah: 


1. Hepatic encephalopathy 


Penyakit ini terjadi apabila paras ammonia meningkat disebabkan oleh kegagalan hati memproses dan mensintesis protein daripada makanan. Ini boleh menyebabkan kekeliruan, kelesuan, atau dalam keadaan teruk boleh terus koma. 

2. Pendarahan abnormal 



Oleh kerana hati bertanggung-jawab menghasilkan faktor pembekuan darah, kegagalan hati berfungsi menyebabkan meningkatnya risiko pendarahan dalam abdan. 


3. Sintesis protein 


Kegagalan hati berfungsi mensintesis protein akan menyebabkan kekurangan protein yang akan memberi kesan kepada fungsi bahagian badan yang lain. 


4. Hipertensi portal 


Kerosakan tisu hati akan meninggikan tekanan dalam saluran darah di dalam hati dan ini memberi kesan buruk kepada aliran darah ke organ-organ lain. Ini akan menyebabkan limpa membengkak dan vena juga membengkak di saluran penghadaman dari esofagus hinggalah ke anus (dubur). 



Penyebab Penyakit Hati 


Di antara penyebab sakit hati (hepa) ialah: 

1. Alkohol 



Alkohol adalah toksik (beracun) kepada sel hati dan boleh menyebabkan keradangan hati dan pengumpulan lemak dalam hati. 


2. Cirrhosis 


Cirrhosis merupakan penyakit hati tahap akhir yang menyebabkan parut kekal pada hati. Ini disebabkan sel hati normal digantikan oleh tisu parut yang menyebabkan keradangan hati dan akhirnya hati gagal berfungsi. 

 


3. Ubat-ubatan 


Ubat-ubatan boleh merosakkan sel hati sama ada sementara atau kekal. Sesetengah ubat yang terlebih dos boelh menyebabkan kecederaan hati dan seterusnya merosakkan sel hati. 


Contoh: 


a. Pengambilan berlebihan acetaminophen (seperti Tylenol, Panadol) boleh menyebabkan kegagalan hati berfungsi. 


b. Ubatan statin yang berlebihan bagi mengawal kolesterol dalam darah juga boleh menyebabkan keradangan hati. Tahap keradangan sel hati ini boleh diketahui dengan melakukan ujian kandungan enzim hati dalam darah. 


c. Antibiotik (seperti Nitrofurantoin, amoxicillin, clavulanic acid, tetracycline) juga boleh menyebabkan keradangan sel hati. 


d. Sesetengah ubat-ubatan tradisional dengan jumlah vitamin yang berlebihan (terutamanya vitamin A) juga boleh menyebabkan hepatitis, cirrhosis dan kegagalan hati berfungsi. 


e. Kebanyakan cendawan/kulat adalah toksik kepada hati. Oleh itu, berhati-hatilah makan cendawan yang dipungut liar yang jarang ditemui kerana ia boleh membawa mudharat atau maut. 


Oleh itu, hindarilah penyebab kepada sakit hati ini. Rawatan penyakit hati ini berbeza-beza bergantung kepada jenis dan penyebabnya.


sumber: sitik's


CARA MENANGANI PENYAKIT HATI

ALFAFA SHAKLEE
Dapat membersihkan hati.


Berminat boleh:
 WHATSAPP/SMS DI: 0132453182 (MAMA IQA)
CONSULTATION PERCUMA DIBERIKAN
FACEBOOK: NUR 'ATIQAH SHAHROM
SID 1016352
HARGA TERMURAH DAN FREE GIFT DIBERIKAN



PROMOSI: BELI COMBO ALFAFA+ESP+OSTE DENGAN HANYA RM 213 (TERMASUK POSTAGE)

Wednesday, January 8, 2014

PENAPIS AIR MUDAH DIBAWA KE MANA SAJA.. WATER FILTER EH WATER PITCHER LAA...



Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Memandangkan hari ini saya berjaya menjual WATER PITCHER pertama saya, saya nak cerita sikit mengenai water pitcher ni. 3 Kebaikan utama daripada pembelian water pitcher ini ialah MUDAH, MURAH dan BERKUALITI AIRNYA. 


Kenapa perlu beli WATER PITCHER berbanding WATER FILTER yang ada di pasaran.

1) Water Pitcher tidak perlu disambung pada sebarang wayar. Kiranya kalau dalam hutan, luar negara, bekalan air terputus, senang, curah air dalam jug ni, tunggu kejap, tadaaa dah boleh minum.

2) Mudah dan boleh di bawa ke mana-mana termasuk tepi pantai, hotel, tempat-tempat rekreasi. Asalkan tempat yang ada sumber air paip. Lagi2 kepada anda yang mempunyai rumah sewa dan mempunyai kesempitan wang dalam membeli WATER FILTER di pasaran. Takkan hendak harapkan air yang dijual daripada mesin air ada risiko dari segi tahap kebersihan sebab kita tak tahu owner dia buat servis pencucian tempoh berapa lama baru nak sekali cuci. Tambah-tambah ada kata kita tak nampak kut ada tikus lipas dan seangkatan dengannya merayap dekat sumber air/penapis ke...aduuiiii..gerun!


3) Sangat sesuai untuk orang tua yang malas ke dapur hari-hari pada sebelah malam. Tadah air di sinki toilet dan terus boleh minum.

4) Lebih MURAH berbanding water filter yang ada di pasaran yang berharga RIBUAN RINGGIT MALAYSIA. Ada juga yang murah sedikit dalam lingkungan ratusan ringgit yang harganya menjangkau 600 lebih, kan2?

5) Pernah diuji, dan ternyata airnya BERSIH dan BERALKALI. Kalah air mineral ye.

6) Untuk satu blok penuras, boleh menuras air sehingga 30 LITER ai bersamaan 80 GELEN AIR.


Berikut merupakan beberapa fakta daripada pihak SHAKLEE sendiri mengenai WATER PITCHER ini. Jom Layannn..




Get Clean® Water Pitcher

MEMPERKENALKAN GET CLEAN®  WATER
Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat
Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!
Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik 
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

KEISTIMEWAAN SHAKLEE

SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: 
Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

Berminat boleh:
 WHATSAPP/SMS DI: 0132453182 (MAMA IQA)
CONSULTATION PERCUMA DIBERIKAN
FACEBOOK: NUR 'ATIQAH SHAHROM
SID 1016352
HARGA TERMURAH DAN FREE GIFT DIBERIKAN



PROMOSI: BELI COMBO ALFAFA+ESP+OSTE DENGAN HANYA RM 213 (TERMASUK POSTAGE)