Apa Itu Sakit Gout?
Sakit gout adalah sejenis penyakit sendi yang berpunca daripada pembentukan kristal asid urik di dalam cecair sendi ekoran daripada kandungan asid urik yang tinggi di dalam darah.
Sakit gout akan membawa rasa sakit yang ketara, terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah akibat daripada radang. Jika dibiarkan, ia akan merebak ke sendi-sendi lain sementara menyebabkan hakisan pada permukaan dalaman sendi dan tumbuhnya tophi gout yang keras pada permukaan kulit.
Masalah batu karang pada buah pinggang turut sering berlaku pada penghidap gout. Begitu juga dengan Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka mempunyai kandungan asid urik darah yang tinggi.
Serangan gout adalah kronik dan berpanjangan. Serangan gout tiba-tiba jenis ini dikenalpasti sebagai jenis sakit gout yang berulang-ulang. Semasa sakit itu, sendi akan menjadi bengkak dan rasa berdenyut-denyut, keadaan ini akan berterusan untuk tempoh lebih kurang satu minggu.
Faktor-faktor Yang Boleh Menyebabkan Gout
1. Tabiat pemakanan yang berprotein tinggi, khasnya daging merah dan seafood.
2. Ubat-bat seperti aspirin, diuretik turut boleh menimbulkan serangan sakit gout.
3. Mereka yang ada masalah buah pinggang atau hati berkemungkinan besar boleh mendapat gout.
Tanda-tanda dan Komplikasi Sakit Gout
Tanda-Tanda Sakit Gout
Sakit gout biasanya menyerang ibu jari kaki.
Ibu jari yang diserang akan menjadi bengkak kemerahan, panas, dan mengalami sakit yang ketara.
Serangan sakit gout biasanya berlaku secara tiba-tiba.
Bahagian yang diserang akan menjadi sangat sensitif sehingga tiupan angin pun boleh membawa kesakitan
Jika tidak dirawat, bengkat tersebut akan berlarutan berhari-hari sehingga lebih daripada satu minggu.
Kemungkinan besar sakit gout akan menyerang kembali selepas beberapa minggu atau bulan.
Sakit gout juga boleh menyerang pada sendi-sendi lain seperti lutut, buku lali, pergelangan tangan dan jari-jari.
Komplikasi yang Berkaitan Dengan Sakit Gout
Pesakit gout biasanya mempunyai paras asid urik yang tinggi, dan asid urik lebihan ini boleh berkumpul di bawah kulit dan membentuk bonjolan digelar tophi. Terdapat juga asik urik yang terkumpul di dalam saluran air kencing dan semakin membesar sehingga menjaid Batu Karang.
Pesakit gout juga mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menghidapi penyakit moden yang lain seperti berikut:
Tekanan Darah Tinggi
Sakit Jantung
Obesiti/Kegemukan
Kencing Manis/Diabetes
Lemah Batin/Impotensi
Bahagian Badan yang Kerap Diserang Sakit Gout
Masalah sakit gout merupakan salah satu penyakit yang menjadi semakin kerap dirawat oleh doctor-doktor di Malaysia. Penyakit ini berpunca daripada mendapan unsur asid urik di antara tisu-tisu badan seperti otot dan sendi.
Serangan sakit gout biasanya datang dengan tiba-tiba dan menjadikan sendi-sendi tertentu bengkak dan merah kesakitan sehingga mangsa tersebut langsung tidak boleh berdiri atau jalan. Sakit gout ini akan menjadi semakit ketara dalam masa beberapa jam dan bengkak tersebut hanya akan hilang selepas beberapa hari atau lebih daripada satu minggu.
Lebih daripada 70% kes serangan sakit gout bermula di sendi ibu jari kaki. Tempat serangan yang kedua adalah buku lali diikuti dengan sendi lutut. Walau bagaimana pun, terdapat juga kes-kes di mana serangan pertama dirasai di sendi-sendi lain seperti gelang dan jari-jari tangan.
Apakah Hubung Kait Antara Sakit Gout and Sakit Gastrik?
gastrik
Pada zaman moden kini, cara permakanan kita sudah banyak berubah jika berbanding dengan 30 tahun yang lalu, begitu juga dengan sumber makanan kita. Pada zaman dahulu, hampir semua makanan yang kita makan adalah jenis organik dan semulajadi. Lebih daripada 80% makanan kita pada ketika itu adalah terdiri daripada hasil tanaman seperti sayur-sayuran dan ubi-ubi.
Tetapi kini cara makan kita sudah menjadi semakin Ekspress. Kini sajian makanan kita sudah menjadi terbalik, kabanyakan daripada kita telah menjadi karnivor yang memakan daging lebih daripada sayur-sayuran. Ada yang sampai tidak sentuk sayur langsung!
Anda perlu tahu bahawa daging adalah jauh lebih susah untuk dicernakan jika berbanding dengan sayur-sayuran. Pencerna makanan berprotein tinggi ini akan membebankan perut kita kerana kita telah memaksa ia untuk merembeskan lebih banyak jus gastrik. Lama kelamaan, perut kita sudah menjadi biasa untuk menghasilkan banyak jus gasrik dan pendedahan kepada jus gastrik yang sungguh berasid ini akan menyebabkan dinding perut menjadi semakin nipis.
Sakit gout adalah berkait langsung dengan cara pemakanan seseorang itu. Hampir semua pesakit gout adalah orang yang gemar makan daging. Maka, kemungkinan untuk golongan orang ini untuk mendapat kedua-dua sakit gout dan masalah gastrik adalah jauh lebih tinggi.
ALFAFA SHAKLEE Dalam Peneutralan Asid Urik
Sakit gout adalah berpunca daripada pembentukan kristal-kristal asid urik di dalam cecair sendi. Ubat gout yang biasa dibagi oleh doktor itu boleh mengurangkan sakit gout dan keradangan, tetapi ia tidak boleh mengurangkan akar umbi gout, iaitu asid urik.
Untuk tujuan mengelakkan serangan gout pada masa depan, anda dinasihat untuk lebih fokus pada penyingkiran asid urik daripada badan anda, satu cara yang paling berkesan untuk tujuan itu adalah pengambilan ALFAFA SHAKLEE.
ALFAFA SHAKLEE yang bersifat alkali dapat meneutralkan asid urik yang berlebihan dalam badan.
Penerangan lanjut mengenai ALFAFA SHAKLEE boleh rujuk label ALFAFA.
SET LENGKAP PESAKIT GOUT
Berminat boleh:
WHATSAPP/SMS DI: 0132453182 (MAMA IQA)
CONSULTATION PERCUMA DIBERIKAN
FACEBOOK: NUR 'ATIQAH SHAHROM
SID 1016352
HARGA TERMURAH DAN FREE GIFT DIBERIKAN
0 comments:
Post a Comment