Kepakaran kami adalah membantu ibu selepas bersalin & wanita obes dengan memberikan khidmat nasihat dan info-info tentang Kurus serta menjual Set Kurus Shaklee

Eeqa Vitamin

Shaklee Collagen Powder

Shaklee Collagen terbukti daripada sisik ikan merah terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan.Selepas menggunakan selama lapan minggu,keputusan menunjukkan kulit yang lebih baik secara menyeluruh serta mencerah,melembap,dan mengembalikan keanjalan kulit agar lebih cantik,putih dan menawan.

PROMOSI BULAN JANUAR1 2014 -ALFAFA-

Promosi Alfafa Kembali lagi.Bagi yang sememangnya mengambil alfafa dan yang baru nak mencuba.Promosi ALFAFA,BELI 6 PERCUMA 1.Alfafa terbaik sebagai detox untuk membuang toksin,penawar resdung,mencuci hati,darah,buah pinggang,merawat keputihan,bertindak seperti kacip fatimah untuk wanita,melegakan sembeli,membuang angin dalam badan dan MILK BOOSTER.

Set Lengkap Kanak-Kanak

Makanan Tambahan yang perlu untuk kanak-kanak sebagai usaha untuk terus membekalkan zat-zat penting bagi menyokong pembesaran dan kesihatan mereka agar terus terpelihara.

Terhangat di pasaran - VIVIX

Vivix merupakan produk terbaru Shaklee yang baru sampai ke Malaysia tahun lepas. Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik.

Set Kurus Lengkap Shaklee

Set yang wajib ada bagi setiap isi rumah untuk membakar,detox dan membina otot agar kekal langsing dan mendapatkan tubuh badan yang diidam-idamkan tanpe perlu diet yang melampau.

Monday, June 9, 2014

SET KURUS SHAKLEE MURAH: Cabaran Turun 10kg Dalam Masa 60 Hari

Set Kurus Shaklee merupakan set paling laris dan paling popular di kalangan pengguna shaklee. Ada yang berjaya turun 13 kg dalam masa 4 bulan. Ada yang berjaya turun 16kg. Petang ni saya berbesar hati hendak membuat 1 cabaran kurus beramai-ramai dan hilang 10 kg berat badan dan masa 60 hari. Memang saya target sampai hari raya je sebab nak semua kurus dan langsing di pagi raya.

Set Kurus Shaklee terdiri daripada Herblax Shaklee (Agen Detox), Lecithin Shaklee (Agen Pembakar), Cinch Tea Shaklee (Tenaga) dan Cinch Shake Shaklee (Agen Membina). Ini merupakan set kurus shaklee yang sangat lengkap dan berkesan.



Shaklee juga ada menyediakan Set Kurus Shaklee Murah jika anda mempunyai masalah dari segi kewangan. Kami bukan jenis yang memaksa untuk membeli produk daripada kami tapi kami menyediakan ruang dan pilihan untuk anda membeli mengikut budget anda. Set Kurus Shaklee Murah hanya terdiri daripada Alfafa Shaklee, Lecithin Shaklee dan Herblax Shaklee. Tetapi barang murah biasalah kan, hasilnya tidak sama dengan Set Kurus Shaklee tetapi masih boleh dapatkan hasil yang sama jika anda ikut tips-tips daripada saya.



Bagi yang betul-betul ingin mengikuti cabaran turun 10 kg dalam masa 60 hari, anda perlulah memenuhi 3 syarat. Syarat-syarat menyertai cabaran boleh lawat pages: SLIM & FIT CENTRE, like pages tersebut dan cari poster cabaran. Boleh clicks di sini untuk lawat pages SLIM & FIT CENTRE. Hadiah duit raya menanti bagi yang berjaya.


Kurus merupakan perkara yang susah dilakukan jika anda lakukannya seorang diri. Jika sertai kami, anda akan dimasukkan ke dalam 'Supporter Group' (Lost 10kg in 60 Days). Ramai rakan-rakan baru, tips-tips berguna setiap hari, menu-menu rendah kalori dan banyak lagi. Terhad kepada 50 orang terawal. Sekarang sudah ada 15 orang. Cuma tinggal 35 kekosongan sahaja. Siapa cepat dia dapat. Jika kuota sudah penuh, sebarang rayuan tidak akan dilayan.

*Note: Cabaran sudah berlangsung selama seminggu. Sudah ada yang berjaya turun 1kg dalam masa seminggu. 

Berminat boleh:
 WHATSAPP/SMS DI: 0132453182 (MAMA IQA)
CONSULTATION PERCUMA DIBERIKAN
FACEBOOK: NUR 'ATIQAH SHAHROM
SID 1016352


PROMOSI: BELI 6 BOTOL VITAMIN E PERCUMA 1 BAGI BULAN JUN 2014

Monday, April 14, 2014

TIPS KURUS MUDAH

Assalamualaikum dan selamat petang semua..

Entri kali ni mengenai cara kurus paling mudah. Jom baca sampai habis. 


TIPS 1: 

Makan hanya makanan yang dibenarkan seperti di bawah. Dan meninggalkan semua makanan-makanan di bawah ini juga. Tips no. 1 ini lebih kepada makan makanan berprotein dan meninggalkan karbohidrat seperti nasi, mee, roti dll. Ada seorang customer dah ikut tips ni, alhamdulillah dai muat pakai seluar dia yang dulu. Yang penting istiqamah.



TIPS 2:

Makan nasi tengah hari dalam kuantiti yang sedikit dan lebihkan lauk dalm bentuk protein dan sayur-sayuran. Kalau nak makan malam, makan sebelum pukul 8 malam yer. Tengah-tengah malam NO FOOD. Dan malam jangan sesekali makan nasi.


TIPS 3:

Makan Supplement yang diperlukan untuk pembakaran lemak dengan lebih cepat seperti LECITHIN @ OMEGA GUARD


TIPS 4:

Tingkatkan metabolisma anda dengan cara? Minum air masak secukupnya. Minimum 3L sehari. 


Haaa. Mudahkan? Mulai sekarang tak perlu nak fikir cara susah-susah nak kurus. Ikut saja 4 TIPS MUDAH daripada saya. 

SELAMAT MENCUBA!

-------------------------------------
LECITHIN RM 52.50
OMEGA GUARD RM136
--------------------------------------

Berminat boleh:
 WHATSAPP/SMS DI: 0132453182 (MAMA IQA)
CONSULTATION PERCUMA DIBERIKAN
FACEBOOK: NUR 'ATIQAH SHAHROM
SID 1016352


PROMOSI: BELI 6 BOTOL OSTE PERCUMA 1 BAGI BULAN APRIL 2014

Sunday, April 13, 2014

7 ELEMEN PENTING COLLAGEN SHAKLEE



FUNGSI





Collagen Shaklee adalah supplemen kolagen yang unggul, mengandungi 4,000mg Kolagen RSS (Sisik Ikan Merah), sangat rendah dalam berat molekular - sekitar 1,000 Dalton dan tujuh ramuan utama termasuk:



Sisik Ikan Merah - sumber kolagen premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan.


Biji Camellia japonica - terdiri daripada asid oleik, satu omelien dan pelembap kulit yang hebat, dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.


Pfaffia - dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan Camellia japonica akan membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic (berperanan menghidrat tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.


Elastin - memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik.


Vitamin B - metabolisma karbohidrat, protin dan lemak untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.


Vitamin C - menggalakan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit.


Kekerang - Glucosamine ekstrak kekerangan penting dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.


Lactobacillus acidophilus - membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.


Oh ya, kajian secara klinikal telah membuktikan dengan pengambilan kolagen ini selama 8 minggu secara berterusan, kulit wajah manusia semakin cantik, putih, gebu, kacak, bergaya sebanyak 71%.


SIMPTOM KEKURANGAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangn kolagen dalam badan. 

Oleh itu, kolagen di ambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoporosis, osteoarthritis (sakit sendi), selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit. 


SIAPA YANG MEMERLUKAN

Mereka yang ingin:

Meningkatkan kelembapan kulit – 90%
Mengurangkan kekasaran & kekeringan – 75%
Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan – 71%
Meningkatkan pemakaian kekal mekap – 60%
Meningkatkan kelembutan & kelicinan – 71%
Meningkatkan ketebalan rambut – 54%
Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti – 55%
Meningkatkan keserian, tona & warna kulit – 50%
Mengurangkan garis2 halus & kedutan
Kuku akan menjadi lebih sihat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat.
Kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini akan membantu mengurangkan parut.
Membantu menghilangkan tanda penuaan.
menyokong kesihatan sendi dan menguatkan tulang.
Membantu mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut.
Memastikan otak sentiasa sihat. Sel glya membekalkan nutrisi kepada otak dan ini disokong oleh kolagen agar minda anda tetap berkeadaan baik walaupun semakin meningkat usia.


PANDUAN PILIH


Kolagen merupakan sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan bagi memeliharakan keremajaan dan ketegangan kulit. Hampir 33% dari protein dalam badan adalah protein kolagen dan 75% kulit terdiri dari kolagen. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu.

Malahan, kolagen juga terdapat pada kornea, salur darah, keratin (rambut dan kuku), tulang tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum, tisu, serta organ seperti buah pinggang, jantung dan sistem limfa.

** Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% setiap tahun selepas usia 25 tahun. Selepas usia 45-50 tahun, badan akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. **

Apabila kolagen mula menurun, kulit akan mula menampakkan garis-garis penuaan, mudah berjeragat, kering, kusam dan tidak bermaya. Tiada wanita yang tidak risau bila melihat kedut-kedut halus mula muncul pada sekitar wajah apabila usia kian meningkat. Biarpun ia berlaku secara semulajadi, ia tetap merisaukan kerana kedutan yang banyak mampu menjejaskan keyakinan diri anda.

Antara langkah yang anda boleh ambil bagi melambatkan proses penuaan daripada berlaku ialah dengan cara menggantikan semula kolagen yang telah berkurang dalam badan.

Sebagai wanita, saya juga turut mencuba beberapa jenis produk kolagen yang berada di pasaran, sehinggalah saya berjumpa dengan Shaklee Collagen Powder.


SHAKLEE DIFFERENCE

* Shaklee collagen powder adalah supplemen kolagen yang unggul, mengandungi 4,000 mg Kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik ikan merah. 

*Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular sekitar 1,000 Dalton (berat molekular kolagen disukat dalam Dalton) amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesi kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

* Terdapat 7 ramuan utama termasuk ekstrak biji Camelia japonica, kolagen ikan, ekstrak kekerang, Lactobacillus acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B, digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam dan luar.

Mengikut pamplet Shaklee tentang Collagen powder ini, “Terbukti dapat memperbaiki tesktur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu“


Khasiat Shaklee Collagen Powder:

Membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut
Kolagen juga bermanfaat dalam membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula
Kuku menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat
Kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik. Kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini akan membantu mengurangkan parut
Membantu menghilangkan tanda penuaan. 
Kolagen adalah sama penting untuk tulang seperti juga tulang perlukan kalsium. Kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh
Kolagen juga membantu mengurangkan kesakitan dan geseran disendi-sendi
Baik untuk mata. Kornea memerlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot matasupaya tetap anjal
Memastikan otak sentiasa sihat. Sel glya membekalkan nutrisi kepada otak dan ini disokong oleh kolagen.
Adalah penting untuk menentukan agar otak anda mendapat manfaat kolagen agar minda anda tetap berkeadaan baik semakin anda meningkat usia.


DOS PENGAMBILAN


Sebenarnya, collagen powder ni adalah serbuk untuk di buat minuman. 1 sachet collagen setiap hari. 

Tetapi ada juga yang menjadikannya sebagai masker.  Nak buat masker untuk kecantikan, senang je. Anda ambil 1 paket collagen powder ini, campur dengan air, dan lepas tepek kat muka. Tunggu sehingga 15 minit dan bilas.. hasilnya, kulit wajah akan terasa lembut.. :-)


Berminat boleh:
 WHATSAPP/SMS DI: 0132453182 (MAMA IQA)
CONSULTATION PERCUMA DIBERIKAN
FACEBOOK: NUR 'ATIQAH SHAHROM
SID 1016352


PROMOSI: BELI 6 BOTOL OSTE PERCUMA 1 BAGI BULAN APRIL 2014

RESEPI SUP CENDAWAN BERKRIM DAN ROTI BAWANG PUTIH

Baru lepas tengok TV2, Nik Haikal buat sup cendawan dan roti bawang putih. Senang dan sedap di makan di pagi hari. Nyum2. Jom cuba resepi ni. Mudah-mudahan selamat diet minggu ni ye. Jommm.



RESEPI SUP CENDAWAN BERKRIM

Bahan-bahan ( 6 org )

1 keping dada ayam
1 ketul kiub ayam (letak 2 pun boleh)
1 tin kecil cendawan butang (dihiris kecil2) (cincang halus pun boleh)
1500 ml air
500 ml susu segar (susu kotak)
1 cawan tepung gandum
garam
secubit 


Cara-cara

potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.


masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.


masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa dan garam. Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti.


Sup ni enak bangat makan dengan roti bawang putih atau nama glamernya garlic bread, roti ni mmg sedap, bahan2 pun simple je





ROTI BAWANG PUTIH

Bahan-bahan

secukupnya roti -  guna roti perancis sedap
2 sudu besar (100 gm ) mentega
1 sudu besar (50 gm ) majerin
3 ulas bawang putih - di cincang halus
sedikit lada sulah


Cara-cara

gaul semua bahan2 di atas kecuali roti, kemudian boleh lah di sapu pada bahagian atas roti sahaje, dan di bakar, kalo suka garing bakar lama sikit. Nak senang pakai pembakar roti yang ada 2 lubang tu. Nik Haikal pakai tu je. Memang senang.



Pada sesiapa yang nak cuba sup dan roti bawang putih ni boleh lah, hasilnya mmg sedap sangat.

SELAMAT MENCUBA DAN MENJAMU SELERA OLLS~

Saturday, April 12, 2014

SEMBELIT USAH DIPANDANG RINGAN







DARI sudut perubatan, sembelit berlaku apabila seseorang membuang air besar dengan kurang tiga kali seminggu.

Maksud sembelit yang biasa penulis gunakan apabila seseorang tidak membuang air besar lebih dua hari.

Golongan warga emas berusia 65 tahun ke atas dikatakan lebih mudah mengalami sembelit.

Sifat najis akibat sembelit tidak semestinya bersifat keras, kering dan berketul. Ramai penghidap sembelit perlu meneran bagi mengeluarkan najis tersebut.

Sembelit menyebabkan penghidap berasa tidak puas buang air besar, perut membuncit atau sakit perut.

Sering sembelit boleh menimbulkan menyebabkan beberapa simptom seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan, selain sukar menumpukan perhatian, mengantuk, malas, lesu kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.



BAHAN BERTOKSIK

Sering sembelit dan tidak diatasi secara sempurna akan menyebabkan pengambilan makanan berkhasiat menjadi kurang bernilai.

Toksin dalam aliran darah akibat sembelit menimbulkan beban kepada organ hati untuk menjalankan detoksifikasi secara berkesan.

Hasilnya nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukannya.

Sembelit juga menyebabkan bahan bertoksik tidak dinyahkan daripada tubuh secara cekap.

Ini akan menyebabkan peningkatan paras molekul radikal bebas.

Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit menyebabkan ia mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat.

Sembelit didapati mampu menyebabkan pembentukan kanser usus besar. Ia dikaitkan juga dengan pembentukan diverticulosis (kantung terbentuk pada dinding kolon tanpa berlaku keradangan) dan apendiks mengalami keradangan.

Pada pandangan pakar penjagaan kesihatan alternatif termasuk penulis sendiri, sembelit bukan sahaja dipercayai boleh menyebabkan kanser kolon namun kanser pada bahagian tubuh yang lain.

Penulis pernah didatangi seorang penghidap kanser otak yang dipercayai berpunca tidak mengatasi sembelit yang dialaminya selama berdekad-dekad.

Seperti dinyatakan di atas, sering sembelit dan mengalaminya secara berpanjangan menyebabkan bahan bertoksin mengitari seluruh tubuh.

DNA tidak dapat berfungsi secara sempurna. Ia menyebabkan antara lain gangguan pembentukan pelbagai jenis enzim termasuk enzim detoksifikasi.

Detoksifkasi yang tidak cekap menyebabkan sel bersifat asid. Ia menyebabkan berlaku kekurangan oksigen di dalam sel di mana keadaan ini amat kondusif untuk pertumbuhan sel-sel kanser.

Punca pembentukan sembelit adalah pelbagai, antaranya apabila seseorang sering mengabaikan isyarat membuang air besar. Ia berlaku kerana terlalu sibuk melakukan sesuatu kerja atau memang sudah menjadi kebiasaan.

Kurang minum air dan makanan tinggi fiber juga boleh menyebabkan sembelit. Mereka yang mengalami hipotiroidism juga mudah mengalami sembelit.

Hipotiroidism biasanya dialami individu obes (bukan semua).

Terlalu bergantung kepada laksatif sama ada laksatif moden atau berasaskan herba juga membawa keburukan iaitu ia menyebabkan seseorang mudah mengalami sembelit.

Baru-baru ini, Jabatan Pengawalan Dadah Kebangsaan (FDA) mengeluarkan amaran terhadap penggunaan laksatif berasaskan natrium fosfat (Sodium phosphate) yang mudah dibeli dari kedai farmasi tanpa preskripsi doktor berikutan 13 kematian (12 dewasa dan seorang kanak-kanak).

Bahan aktif natrium berfungsi memaksa air masuk ke dalam usus besar bagi melembutkan najis.

Bagaimanapun, jika seseorang mengambilnya secara berlebihan daripada dos yang dicadangkan, ia akan menyebabkan dehidrasi (kekurangan air) dan paras elektrolit yang tidak normal dalam death.

Keadaan ini seterusnya menyebabkan kerosakan buah pinggang, masalah jantung dan kematian.

Jadi, bertanyalah kepada doktor atau ahli farmasi setiap kali anda dibekalkan laksatif oleh doktor atau membeli laksatif dari kedai farmasi kesan bahan aktifnya kepada tubuh dan dos pengambilan yang selamat. Ia adalah langkah bijak walaupun kebanyakan pengguna memiliki ilmu untuk memahami arahan yang terkandung pada label.

Laksatif berasaskan herba contohnya aloe vera, atau peria bertindak menggunakan mekanisme berbeza daripada laksatif moden berasaskan natrium fosfat.

Ia tidak menarik air masuk ke dalam usus untuk melembutkan najis. Sebaliknya ia bertindak dengan melancarkan pengeluaran cecair hempedu.

Seperti dinyatakan bergantung kepada laksatif berasaskan herba juga membawa keburukan iaitu ia mudah menyebabkan seseorang mengalami sembelit.

Pengambilan ubat-ubatan moden atau herba tertentu boleh menyebabkan sembelit.

Selain itu perokok tegar dan mereka yang mengalami tekanan emosi berpanjangan juga mudah mengalami sembelit.



POLYP DAN KANSER

Usus kecil/besar yang mengalami keradangan atau halangan contohnya berpunca dari kewujudan polyp bersifat malignan (kanser) juga boleh menyebabkan sembelit.

Najis mungkin akan didapati berbeza daripada satu sesi pembuangan air besar ke sesi lain dengan sifat keras, lembut atau cair.

Sila dapatkan pemeriksaan doktor jika anda sering mengalami sembelit jenis ini.

Ketahuilah terdapat kanser yang dihidapi seseorang pada tempoh yang lama contohnya selama 20 tahun tetapi tidak menerbitkan simptom yang menggusarkan hati penghidapnya.

Contohnya, sakit perut dan sembelit dianggap sakit biasa. Mereka tidak tahu mereka menghidap kanser sehingga mereka mendapatkan pemeriksaan doktor pakar kanser.

Jika anda sering mengalami sembelit, langkah paling bijak adalah belajar mencari puncanya.

Sesetengah puncanya mudah dielakkan sama ada bagi mencegah pembentukan sembelit atau merawatnya.

Penggunaan laksatif sama ada laksatif moden atau berasaskan herba tidak seharusnya dijadikan kebiasaan.

Penulis biasa mencadangkan pengambilan laksatif (apabila keadaan amat memerlukan) tidak lebih dari seminggu. Sesi buang air besar dengan bercangkung mudah membantu mengeluarkan najis daripada dubur berbanding kaedah duduk.

Teh atau rebusan keseluruhan pokok semalu bertindak merehatkan salur darah, saraf dan usus. Begitu juga dengan daun selasih dan ruku-ruku.

Ruku-ruku bertindak sebagai adaptogen iaitu mengharmonikan perembesan hormon stres dan membantu tubuh menghadapi stres dengan lebih cekap.

Amalan mengambil cuka epal/tamar, minyak kelapa dara atau minyak zaitun perahan sejuk juga membantu meredakan dan mencegah sembelit.

Pada jangka panjang, pengambilan berkala herba seperti jenis halia dan kunyit bersifat mentona dan menguatkan fungsi hati, membantu mencegah sembelit. Herba ini terdapat dalam pelbagai jenis makjun atau jamu.

CARA ATASI


OSTE MATRIX SHAKLEE

Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kua
t serta gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerakbalas saraf, dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporasis. "


BAGAIMANA OSTE MATRIX BERTINDAK UNTUK SEMBELIT

Magnesium meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlakunya peristalsis (gerakan dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus). Peristalsis juga menolak makanan ke perut.

Efek ini berlaku melalui dua mekanisme:


1. Magnesium merehatkan otot dalam usus - ia membantu membentuk kesan lebih lembut yang mengurangkan sembelit.

2. Magnesium 'menarik' air - ia meningkatkan kandungan air dalam usus dan membolehkan usus berfungsi dengan baik.

Disebabkan magnesium akan 'menarik' air, anda dinasihatkan untuk minum air yang banyak setelah mengambil supplemen magnesium.

DOS PENGAMBILAN

Makan 2-4biji sebelum tidur, esoknya bangun pagi cergas ceria, membuang memang mudah.. Alhamdulillah.. 



Berminat boleh:
 WHATSAPP/SMS DI: 0132453182 (MAMA IQA)
CONSULTATION PERCUMA DIBERIKAN
FACEBOOK: NUR 'ATIQAH SHAHROM
SID 1016352


PROMOSI: BELI 6 BOTOL OSTE PERCUMA 1 BAGI BULAN APRIL 2014

Thursday, April 10, 2014

7 SURAH PILIHAN DAN AMALAN HARIAN (KELEBIHAN DAN FADHILATNYA)

Assalamualaikum wbt. 

Di pagi Jumaat yang oenuh barakah ni, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak surah2 yang diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Insya Allah.
Surah yg pertama 


♡{PERTAMA}♡

Surah Al-kahfi

1. Ahmad berkata : "Saya mendengar al-Baraa'u Ibnu Aazib berkata :"Seorang lelaki telah membaca surah al-Kahfi, dan dalam rumahnya ada seekor binatang(kuda), maka di beritahunya kepada Nabi Saw." Baginda bersabda : "Adakah si fulan membaca al-Quran?Sesungguhnya itulah ketenangan yang turun ketika al-Quran dibaca atau keterangan turun untuk al-quran." (Hadis sahih riwayat oleh syukbah)


2. Imam Ahmad berkata : "Daripada Abi Darda' daripada Nabi saw, baginda telah bersabda : "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripda permulaan surak al-Kahfi, maka terhindar daripada al-Dajjal." (Riwayat Muslim,Abu Daud, an-Nasa'i,at-tirmizi daripada Qatadah)


3. Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi Muhammad s.a.w bersabda :"Sesiapa membaca awal dari surah al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya , maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi." (HR Ahmad)


4. Daripada Umar berkata : Nabi saw telah bersabda : "Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari jumaat, maka bersinarlah cahaya daripda bawah kakinya hingga ke langit.Untuknya cahaya di hari kiamat dan di ampunkannya antara dua Jumaat." (HR katsir)


♡{KEDUA}♡

Surah As-Sajadah

1. Hadith Riwayat Al-Bukhari daripada Abi Hurairah r.a. berkata : "Adalah Nabi s.a.w membaca pada solat Fajar (subuh) pada hari jumaat (Alif Laam Mim Tanzil) as-sajadah dan (Hal Ata Alal Insan)Insan."

Dan diriwayatkan Imam Ahmad daripada Jabir berkata : "Adalah Nabi saw tidak tidur hingga di baca surah as-sajdah dan al-Mulk.


♡{KETIGA}♡

Surah Yaasiin

1. Daripada Anas ,Rasulullah saw bersabda : "Setiap sesuatu ada hati dan hati al-Quran adalah Yaasiin" dan sesiapa yang membaca Yaasiin , maka Allah SWT tulis baginya sepertimana membaca al-Quran sepuluh kali.(HR at-Tirmizi)


2. Daripada Abi Hurairah r.a. bersabda Rasulullah saw : "Sesiapa yang membaca Yaasiin pada waktu malam, maka akan di ampunkan keesokannya, Dan sesiapa membaca "Haamim Al Dukhan" nescaya akan di ampunkan baginya keesokannya." (HR Ibnu Katsir)


3. Daripada Ma'qil Ibni Yasar berkata : "Al Baqarah adalah rangka.Al-Quran di turunkan setiap satu ayat dengan di sertakan 80 Malaikat dan ayat Kursi khusunya di turunkan khas dari bawah Arasy Allah yang tersusun di dalam surah al-baqarah.Dan surah Yaasiin adalah jantung hati al-Quran."


4. Daripada Ma'qil Ibni Yasar berkata, Rasulullah

s.a.w bersabda "Bacalah Yaasiin atas mereka yang meninggal dunia." (HR Ibnu Katsir-Abu Daud dan Al Nasa'i).


5. Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata : Nabi s.a.w telah bersabda: "Adalah saya suka kalau surah Yaasiin dalam hati setiap insan daripada umatku." (Riwayat Bazzar, Ibnu Katsir).


♡{KEEMPAT}♡

Surah Ad- Dukhan

1. Daripada Abi Hurairah r.a berkata : Nabi s.a.w telah bersabda :" Sesiapa membaca surah"Haamin Ad-Dukhan" pada waktu malam, maka esoknya tujuh puluh ribu malaikat akan meminta ampun baginya."(HR Ibnu Katsir)


2. Daripada Abi Hurairah r.a berkata, nabi s.a.w bersabda : "Sesiapa membaca "Haamim Ad-Dukhan" pada malam jumaat, maka di beri keampunan baginya." (HR Ibnu Katsir)


♡{KELIMA}♡

Surah Al-Waqiah

1. Daripada Abi Dhibah berkata :"Telah sakit Abdullah yang boleh menyebabkan kematiannya. Maka di ziarahi oleh Osman Ibnu Affan r.a, beliau bertanya, "Apa yang kamu adukan?" Beliau menjawab " Dosa-dosaku" "Dan apa yang kamu mahu sekarang ?" Beliau menjawab: "Rahmat tuhan." "perlukah saya panggil doktor?"Beliau menjawab,"Doktor lebih sakit daripada saya."

Usman berkata : "Adakah kamu perlukan kepada wang.."

Abdullah menjawab :"Saya tidak berhajat kepadanya."

Usman berkata: "Ini untuk anak-anak perempuan kamu selepas ketiadaan kamu.Beliau menjawab adakah kamu takut anak-anak perempuan saya jadi miskin? Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya baca surah "al-Waqiah" tiap-tiap malam.Sesunguhnya saya dengar Rasullullah s.a.w bersabda: "Sesiapa membaca surah "al-Waqiah" tidak akan jadi miskin selama-lamanya."


♡{KEENAM}♡

Surah al-Hasyar

1. Daripada fadhil Ibnu Yassar al-Muzani r.a berkata : Nabi saw telah bersabda: "Sesiapa membaca ketika bangkit subuh "Auuzubillahis-sami'il-'alimi-Minas Syaitanir-Rajim." Kemudian membaca tiga ayat akhir surah al-Hasyr maka Allah SWT mewakilkan 70 Malaikat berselawat atasnya hingga petang.Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu di kira mati syahid. (HR at-Tirmizi).


♡{KETUJUH}♡

Surah al-Mulk

1. Daripada Abi Hurairah r.a  dari Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya di dalam al-Quran ada tiga puluh ayat memberi syafaat kepda pembacanya hingga di beri keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk (Tabaarakal-Lazi)


2. Daripada Anas Ibnu Malik berkata :"Rasulullah s.a.w telah bersabda : Satu surah di dalam al-Quran yang menghujahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga.Iaitu (Tabaarakallazi) (HR at Tabarani)


3. Daripada Jabir r.a : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak akan tidur hingga baginda membaca Alif Laam Mim, al Sajadah dan al-Mulk." (HR at Tirmizi).



#Sumber :  Surah-surah pilihan dan amalan harian (Fadhilat & khasiatnya) susunan Abu Nees - Pustaka AL-Shafa


REWARD MAC 2014- JALAN-JALAN PULAU PINANG

Tanggal 28 Mac lepas, kami sekeluarga jalan-jalan ke pulau pinang. (amboi skema nye ayat). Niat mula2 ke pulau pinng of course hendak lalu JAMBATAN KEDUA. Almaklumlah 1-31 MAC 2014 je boleh lalu FREE. Ambil kesempatanlah kami. Saya kan suka benda free2 ni. Hihi.

Ok, kami bertolak ke Pulau Pinang tepat pukul 8 pagi. Walaupun kepenatan kerana drive ke batu pahat, johor har kugagahi jua bangun pagi2. Packing barang2 and then gerak lah ke penang..

Tepat jam 3 petang, kami tiba di Jambatan kedua Pulau Pinang. Nenek kata, "panjangnya jambatan ni, dari tadi tak sampai2 ke Pulau Pinang. Adalah 30 minit atas jamabatan kedua ni." Tu nenek yang kata ye, orang tua kan makan garam dulu dari kita, so ada siapa2 nak sangkal??  Kah kah kah.. Jom tengok pemandangan sekitar Jambatan Kedua Pulau Pinang.


Ok, setelah menikmati keindahan Jambatan Kedua Pulau Pinang tersebut, kami pun segeramencari Hotel SO kami. Selamat dah booking. 2 bilik, 3 hari 2 malam dalam RM 500++ je. Servis memang tip top. Yang bestnya, boleh pilih bantal yang berkenan di hati. Banyak2 hotel yang pernah pergi, ni la satu2nya hotel yang boleh pilih bantal yang berkenan di hati ♡♡. Jap check it out my hp, ada tak picture Hotel SO ni. 



Tak de picture Hotel SO dari depan. Sory la olls~ tak plan pun nak tulis blog pasal ni, kalau tak, sure menimbun gambar. Check in je hotel, kami semua berehat jap sebab malam ni dan esok kami nak mulakan pengembaraan. Hihi. Percutian kali ni lebih kepada JALAN-JALAN CARI MAKAN MAKANAN YANG MEMANG FEVERET di Pulau Pinang.

Seperti yang ditunggu2, ni antara menu makan kami yang kami dah plan awal2. Memang semua ti top. Kalau melawat Pulau Pinang, silalah lawat temapat2 makan ni yer. 

1. Dinner - Pasembor dan Char Kuey Teow di Gurney Hawker


2. Breakfast - mee goreng sotong, nasi ayam dekat Stadium

3. Lunch - nasi kandar Line Clear (Kepala Ikan, sotong, udang, ayam berempah, kuah campur, sayur kobis)

4. Dinner - Mee goreng sotong, laksa penang kawww, abc di medan selera .............. Ni kat tepi pantang yer. 

5. Breakfast - nasi lemak, roti bakar, kuih serabai, murtabak, pulut kuning di Medan Selera Taman Saadon. 

Tempat yang kami lawat:

1. Rumah P.Ramlee

2. Street Art

3. Jeruk Pak Ali




Thursday, April 3, 2014

7 ELEMEN PENTING OSTE MATRIX


FUNGSI

Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerakbalas saraf, dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporasis. "

Fungsi lain:

1. Membina Tulang dan Gigi yang kuat
2. Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
3. Membantu dalam Pengecutkan Otot dan Pelancaran Saraf.
4. Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti kembung perut, kekejangan, retensi air, mudah radang dan kemurungan

BERAPA BANYAK KALSIUM DIPERLUKAN

Institut kesihatan Kebangsaan mengesyorkan 1000mg sehari bagi wanita dan 1500mg bagi wanita pasca putus haid. Kecuali anda seorang "kaki susu" serta cermat memakan, adalah sukar untuk memperolehi jumlah kalsium ini menerusi diet sehari-hari. Kebanyakan wanita menghadkan pengambilan susu dan keju kerana kalorinya... tetapi sebenarnya, pengambilan purata bagi wanita hari ini ialah kurang dari 600mg kalsium sehari, inilah sebab utama kita wanita dilanda wabak osteoporosis.

SIMPTOM KEKURANGAN


Otot & Saraf:
1. Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki.
2. Kejang otot
3. Wheezing(pernafasan berdehit)
4. Susah menelan
5. Suara berubah akibat laryngospasm



Saraf:
1. Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
2. Letih
3. Sawan
4. Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal
5. Jantung
6. Sesak nafas
7. Tanda-tanda lemah jantung...cepat penat
8. Kulit
9. Rambut kasar
10. kuku rapuh
11. Psoriasis (sakit kulit)
12. kulit kering


Lagi Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium:
1. kekejangan/krem otot
2. sukar/susah nak tidur
3. Perasaan berdebar2
4. Eczema-penyakit kulit
5. Rapuh kuku
6. Sakit Sendi
7. Tekanan darah tinggi
8. Gigi reput
9. Paras Kolestrol timggi
10. Kebas-kebas kaki dan tangan
11. Rheumatiod arthritis
12. Rickets

SIAPA YANG MEMERLUKAN

1. Semua golongan yang mempunyai masalah-masalah di atas
2. Semua golongan lelaki dan perempuan
3. Ibu Menyusu (Sesuai untuk Bayi baru lahir yang mengalami Demam Kuning)
4. Ibu menyusu yang alah pada Alfalfa
5. Ibu Hamil - untuk tumbesaran tulang bayi dalam kandungan
6. Melawaskan pembuangan bagi ibu hamil yang mengalami sembelit
7. Pesakit Migrain
8. Wanita yang mengalami masalah Senggugut
9. Sering Keletihan
10. Menghidap menyakit Insomnia
11. Sakit Belakang
12. Sakit Pinggang
13. Sakit kaki & tumit
14. Selalu mengalami kekejangan
15. Sukar bangun pagi
16. Untuk gigi sihat

PANDUAN PILIH

Mengikut kajian pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan magnesium.

 Penyerapan kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran magnesium. Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium.

Pengambilan kalsium dan magnesium yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit batu karang.

SHAKLEE DIFFERENCE


Kenapa shaklee oste matrix menjadi pilihan saya?

....kerana Ostematrix ni lengkap dgn unsur Kalsium, Magnesium, dan Vitamin D. Vitamin D dalamnya penting utk memastikan penyerapan kalsium dalam darah dengan lebih efektif. Makan 4biji sebelum tidur, esoknya bangun pagi cergas ceria, membuang memang mudah.. Alhamdulillah..

Tahukah anda Shaklee OsteMatrix membekalkan:

1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Tahukah anda mengapa kita perlu amik 4 biji osteomatrix sebelum tidur??

... Sebabnya, penyerapan kalsium bergantung kepada berapa kerap kita buang air kecil. Pada waktu malam, kita kurang ke toilet, so tubuh lebih mudah menyerap lebih banyak kalsium. Dan sebagai bonusnya, kita akan dapati boleh bangun pagi keesokannya dengan lebih mudah, tiada cramp/sengal2 dan badan rasa lebih ringan gitu.

SUMBER MAKANAN

1. Keju
2. Yogurt
3. Sayuran hijau
4. Kacang kedelai
5. Ikan salmon
6. Buah-buahan kering
7. Kacang putih
8. Lobak
9. Biji wijen
10. Susu kedelai
11. Jeruk
12. Oatmeal
13. Ikan sardin
14. Tauhu
15. Bunga kobis
16. Quinoa
17. Brokoli
18. Kacang almond
19. Pisang



DOS PENGAMBILAN

Makan 2-4biji sebelum tidur, esoknya bangun pagi cergas ceria, membuang memang mudah.. Alhamdulillah.. 



Berminat boleh:
 WHATSAPP/SMS DI: 0132453182 (MAMA IQA)
CONSULTATION PERCUMA DIBERIKAN
FACEBOOK: NUR 'ATIQAH SHAHROM
SID 1016352


PROMOSI: BELI 6 BOTOL OSTE PERCUMA 1 BAGI BULAN APRIL 2014