Kepakaran kami adalah membantu ibu selepas bersalin & wanita obes dengan memberikan khidmat nasihat dan info-info tentang Kurus serta menjual Set Kurus Shaklee

Eeqa Vitamin

Thursday, April 10, 2014

7 SURAH PILIHAN DAN AMALAN HARIAN (KELEBIHAN DAN FADHILATNYA)

Assalamualaikum wbt. 

Di pagi Jumaat yang oenuh barakah ni, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak surah2 yang diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Insya Allah.
Surah yg pertama 


♡{PERTAMA}♡

Surah Al-kahfi

1. Ahmad berkata : "Saya mendengar al-Baraa'u Ibnu Aazib berkata :"Seorang lelaki telah membaca surah al-Kahfi, dan dalam rumahnya ada seekor binatang(kuda), maka di beritahunya kepada Nabi Saw." Baginda bersabda : "Adakah si fulan membaca al-Quran?Sesungguhnya itulah ketenangan yang turun ketika al-Quran dibaca atau keterangan turun untuk al-quran." (Hadis sahih riwayat oleh syukbah)


2. Imam Ahmad berkata : "Daripada Abi Darda' daripada Nabi saw, baginda telah bersabda : "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripda permulaan surak al-Kahfi, maka terhindar daripada al-Dajjal." (Riwayat Muslim,Abu Daud, an-Nasa'i,at-tirmizi daripada Qatadah)


3. Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi Muhammad s.a.w bersabda :"Sesiapa membaca awal dari surah al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya , maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi." (HR Ahmad)


4. Daripada Umar berkata : Nabi saw telah bersabda : "Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari jumaat, maka bersinarlah cahaya daripda bawah kakinya hingga ke langit.Untuknya cahaya di hari kiamat dan di ampunkannya antara dua Jumaat." (HR katsir)


♡{KEDUA}♡

Surah As-Sajadah

1. Hadith Riwayat Al-Bukhari daripada Abi Hurairah r.a. berkata : "Adalah Nabi s.a.w membaca pada solat Fajar (subuh) pada hari jumaat (Alif Laam Mim Tanzil) as-sajadah dan (Hal Ata Alal Insan)Insan."

Dan diriwayatkan Imam Ahmad daripada Jabir berkata : "Adalah Nabi saw tidak tidur hingga di baca surah as-sajdah dan al-Mulk.


♡{KETIGA}♡

Surah Yaasiin

1. Daripada Anas ,Rasulullah saw bersabda : "Setiap sesuatu ada hati dan hati al-Quran adalah Yaasiin" dan sesiapa yang membaca Yaasiin , maka Allah SWT tulis baginya sepertimana membaca al-Quran sepuluh kali.(HR at-Tirmizi)


2. Daripada Abi Hurairah r.a. bersabda Rasulullah saw : "Sesiapa yang membaca Yaasiin pada waktu malam, maka akan di ampunkan keesokannya, Dan sesiapa membaca "Haamim Al Dukhan" nescaya akan di ampunkan baginya keesokannya." (HR Ibnu Katsir)


3. Daripada Ma'qil Ibni Yasar berkata : "Al Baqarah adalah rangka.Al-Quran di turunkan setiap satu ayat dengan di sertakan 80 Malaikat dan ayat Kursi khusunya di turunkan khas dari bawah Arasy Allah yang tersusun di dalam surah al-baqarah.Dan surah Yaasiin adalah jantung hati al-Quran."


4. Daripada Ma'qil Ibni Yasar berkata, Rasulullah

s.a.w bersabda "Bacalah Yaasiin atas mereka yang meninggal dunia." (HR Ibnu Katsir-Abu Daud dan Al Nasa'i).


5. Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata : Nabi s.a.w telah bersabda: "Adalah saya suka kalau surah Yaasiin dalam hati setiap insan daripada umatku." (Riwayat Bazzar, Ibnu Katsir).


♡{KEEMPAT}♡

Surah Ad- Dukhan

1. Daripada Abi Hurairah r.a berkata : Nabi s.a.w telah bersabda :" Sesiapa membaca surah"Haamin Ad-Dukhan" pada waktu malam, maka esoknya tujuh puluh ribu malaikat akan meminta ampun baginya."(HR Ibnu Katsir)


2. Daripada Abi Hurairah r.a berkata, nabi s.a.w bersabda : "Sesiapa membaca "Haamim Ad-Dukhan" pada malam jumaat, maka di beri keampunan baginya." (HR Ibnu Katsir)


♡{KELIMA}♡

Surah Al-Waqiah

1. Daripada Abi Dhibah berkata :"Telah sakit Abdullah yang boleh menyebabkan kematiannya. Maka di ziarahi oleh Osman Ibnu Affan r.a, beliau bertanya, "Apa yang kamu adukan?" Beliau menjawab " Dosa-dosaku" "Dan apa yang kamu mahu sekarang ?" Beliau menjawab: "Rahmat tuhan." "perlukah saya panggil doktor?"Beliau menjawab,"Doktor lebih sakit daripada saya."

Usman berkata : "Adakah kamu perlukan kepada wang.."

Abdullah menjawab :"Saya tidak berhajat kepadanya."

Usman berkata: "Ini untuk anak-anak perempuan kamu selepas ketiadaan kamu.Beliau menjawab adakah kamu takut anak-anak perempuan saya jadi miskin? Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya baca surah "al-Waqiah" tiap-tiap malam.Sesunguhnya saya dengar Rasullullah s.a.w bersabda: "Sesiapa membaca surah "al-Waqiah" tidak akan jadi miskin selama-lamanya."


♡{KEENAM}♡

Surah al-Hasyar

1. Daripada fadhil Ibnu Yassar al-Muzani r.a berkata : Nabi saw telah bersabda: "Sesiapa membaca ketika bangkit subuh "Auuzubillahis-sami'il-'alimi-Minas Syaitanir-Rajim." Kemudian membaca tiga ayat akhir surah al-Hasyr maka Allah SWT mewakilkan 70 Malaikat berselawat atasnya hingga petang.Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu di kira mati syahid. (HR at-Tirmizi).


♡{KETUJUH}♡

Surah al-Mulk

1. Daripada Abi Hurairah r.a  dari Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya di dalam al-Quran ada tiga puluh ayat memberi syafaat kepda pembacanya hingga di beri keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk (Tabaarakal-Lazi)


2. Daripada Anas Ibnu Malik berkata :"Rasulullah s.a.w telah bersabda : Satu surah di dalam al-Quran yang menghujahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga.Iaitu (Tabaarakallazi) (HR at Tabarani)


3. Daripada Jabir r.a : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak akan tidur hingga baginda membaca Alif Laam Mim, al Sajadah dan al-Mulk." (HR at Tirmizi).



#Sumber :  Surah-surah pilihan dan amalan harian (Fadhilat & khasiatnya) susunan Abu Nees - Pustaka AL-Shafa


1 comments: