Kepakaran kami adalah membantu ibu selepas bersalin & wanita obes dengan memberikan khidmat nasihat dan info-info tentang Kurus serta menjual Set Kurus Shaklee

Eeqa Vitamin

Sunday, April 13, 2014

RESEPI SUP CENDAWAN BERKRIM DAN ROTI BAWANG PUTIH

Baru lepas tengok TV2, Nik Haikal buat sup cendawan dan roti bawang putih. Senang dan sedap di makan di pagi hari. Nyum2. Jom cuba resepi ni. Mudah-mudahan selamat diet minggu ni ye. Jommm.



RESEPI SUP CENDAWAN BERKRIM

Bahan-bahan ( 6 org )

1 keping dada ayam
1 ketul kiub ayam (letak 2 pun boleh)
1 tin kecil cendawan butang (dihiris kecil2) (cincang halus pun boleh)
1500 ml air
500 ml susu segar (susu kotak)
1 cawan tepung gandum
garam
secubit 


Cara-cara

potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.


masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.


masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa dan garam. Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti.


Sup ni enak bangat makan dengan roti bawang putih atau nama glamernya garlic bread, roti ni mmg sedap, bahan2 pun simple je





ROTI BAWANG PUTIH

Bahan-bahan

secukupnya roti -  guna roti perancis sedap
2 sudu besar (100 gm ) mentega
1 sudu besar (50 gm ) majerin
3 ulas bawang putih - di cincang halus
sedikit lada sulah


Cara-cara

gaul semua bahan2 di atas kecuali roti, kemudian boleh lah di sapu pada bahagian atas roti sahaje, dan di bakar, kalo suka garing bakar lama sikit. Nak senang pakai pembakar roti yang ada 2 lubang tu. Nik Haikal pakai tu je. Memang senang.



Pada sesiapa yang nak cuba sup dan roti bawang putih ni boleh lah, hasilnya mmg sedap sangat.

SELAMAT MENCUBA DAN MENJAMU SELERA OLLS~

0 comments:

Post a Comment